Menanti Dalam Senyuman

     Apa yang berlaku pada saya pada hari itu sememangnya di luar jangkaan. Seperti biasa saya pergi ke klinik gigi bagi menjalani rawatan rutin. Staf-staf di klinik itu ramah dan ceria seperti biasa. Selesai rawatan, saya singgah ke bilik air sebentar sebelum pulang.

    Selang beberapa minit, saya membuka pintu bilik air dan berjalan menuju ke lobi. Saya terkejut karena keadaan di luar begitu sunyi dan gelap. Mungkin bekalan elektrik terputus,' ujar saya dalam hati. Dalam kegelapan itu saya terus melangkah.

    "Ada siapa di luar?" Saya melontarkan pertanyaan meskipun tiada sembarang bayang manusia kelihatan. Pertanyaan saya tidak berjawab. Rupa-rupanya saya keseorangan di situ. Kemungkinan semua staf di situ untuk keluar makan tengah hari. Sekirahnya begitu, saya akan terus pulang ke rumah sahaja.

    Saya cubah membuka pintu utama klinik beberapa kali, namun gagal. Pintu itu terkunci rapat. Saya mula panik. Tetapi apabilah difikir-fikirkan saya hanya perlu menungggu sehingga mereka pulang. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Lagipun ini bukannya kecemasan. Sekirahnya haus, saya masih dapat minum air yang tersinpan di dalam balang penyejuk air itu. Bilik air juga letaknya berdekatan apabilah saya perlu menggunakannya. Nampaknya, tiada apa yang kurang dan saya masih dapat bertahan.

    Saya menyalakan lampu di bilik menunggu itu. Saya kemudian duduk di sofa yang terdapat di bilik itu. Di situ juga terdapat banyak album gambar. Semua album itu saya keluarkan dan saya belek satu persatu. Itu kali pertama saya menyentuhnya meskipun meskipun sering berkunjung ke klinik itu.

    Album-album itu mnyimpan pelbagi gambar para pelanggan klinik sebelum dan selepas rawatan pergigian. Gigi para pelanggang yang senget, tidak rata, dan tidak putih bertukar menjadi lebih teratur, putih, dan berseri-seri. Perubahan ketara yang berlaku kepada mereka tidak kira usia ataupun jentina menyebabkan saya berfikir mengenai keistimewaan sebuah senyuman. Sekirahnya sepasang mata adalah jendelah kepada jiwa, bagaimana  pula dengan sebuah senyuman.

    Terdapat juga ruangan komen pelanggan menyatakan perubahan yang mereka alami menyebabkan keyakinan diri mereka bertambah secara drastik. Saya tertanya, bagaimanakah ia terjadi? Ini karena diri kita sendiri tidak dapat melihat senyuman yang kita lemparkan kepada seseorang. Kecuali sekirahnya orang itu membalas kembali senyuman itu. Jawabannya mungkin karena sbuah senyuman mampu mengubah semangat si penerimah menjadi ceria. Itu perasan yang saya rasakan apabilah dihadiakan sebuah senyuman. Senyuman adalah jalinan kemesraan yang sering kali kita rendahkan.

    Saya mulah mengimbas semua senyuman istimewa yang tersimpan di ruang ingatan. Saya pejamkan mata dan semua senyuman itu satu-satu persatu.Terbayang senyuman anak lelaki saya ketika berusia sembilan bulan pada hari pertama dia mula berjalan. Senyuman itu sunggu comel, bagaikan dilukis dengan krayon. Tergambar seribu keterujaan pada wajahnya waktu itu. Saya tidak akan melupakan detik indah itu.

    Senyuman kedua yang singgah di minda saya adalah senyuman ketika berdiri di tepi pintu dapur sambil menunggu ketibaan kami. Selepas berjam-jam di dalam kereta, nenek akan menjamu kami yang kelaparan dengan hidangan tortillah, kacang, nasi, dan salsa yang lezat. Masakan nenek adalah yang terbaik dan tiada restoran mampu menandinginya. Nenek akan mlilit apron pada tubuhnya yang di saluti baju gaun labuh berbunga dan berbutan di hadapan. Kami juga cukup suka membelai rambut nenek yang lembut, kriting dan beruban itu.

    Pada satu malam, saya memegang kanta pembesar di tangan dan berdiri di hadapan cermin seperti biasa. Terdapat rambut halus yang muncul di klopak mata saya. Halus lemah, dan berwarna putih. Saya berundur sedikit dan tersenyum. Saya perhatikan senyuman yang terukir di hadapan cermin. Tergambar senyuman yang penuh kelegaan pada waktu itu. Malam itu saya menangis sehingga tertidur, tetapi kali ini tangisan yang di sulami kegembiraan.

   Saya mengintai keluar. Kelihatan doctor gigi bersama semua stafnya keluar dari dua buah kreta dan berjalan menuju klinik.

   Apabilah pintu klinik terbuka, doctor gigi itu terkesima. Mukanya yang selalu terukir senyuman itu tidak menunjukkan sembarang reaksi tatkala terlihat saya menunggu di sofa sambil membelek majalah. Dia mengambil masa sejenak memikirkan apa yang sedang berlaku.

   Semua stafnya juga berdiri kaku dan tergamam. Selepas memahami apa yang berlaku, mereka meminta maaf berkali-kali. Saya memberitahu mereka supaya tidak meminta maaf karena pengalaman itu sungguh istimewah buat saya. Saya diberi kesempatan berfikir mengenai makna di sebalik senyuman. Mungkin saya akan menulis sebuah cerita mengenainya. Namun, mereka masih juga mengelilingi saya dan meminta maaf berulang kali.

    Saya cuma membalas dengan senyuman. Saya ceritakan semua yang berlaku dan akhirnya kami ketawa bersama.

    Insiden itu memberi saya satu pengajaran. Situasi yang asalnya tidak selesa dapat berubah menjadi satu peluang yang tidak diduga sekirahnya kita bersikap terbuka. Pada dinding berhampiran pintu terdapat plak tulisan yang berbunyi, Sebaris senyuman hilang dalam sekelip mata, tetapi memori mengenainya akan kekal buat selama-lamanya. Apa yang tertulis itu benar belaka, kerena saya baru mengalaminya sendiri. (Leah M.Cano)

( Chicken Soup for the Soul Berfikir Positif. Jack Canfield, Mark Victor Hansen, Amy Newmark. Hal 384 - 385 ) Edisi Bahasa Melayu
Artikel. Iyagus Ugy

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Jika ada sembarang pertanyaan silahkan komentar disini.