Kelegaan Selepas Berjuang

    
Adakalanya penderiataan itu datang menghampiri, selepas itu ia mnghilang dan tidak akan datang semula.
      Seorang lelaki yang telah berjaya mengungkapkan masa lalunya: "Aku dilahirkan dalam keadaan miskin. Sejak kecil aku tidak perna mengecapi hidup senang, kurang dalam serba-serbinya. Pada suatu hari aku meminta roti kepada ibuku, dan ibu hanya diam kerana tidak punya apa-apa untuk diberikan. Kemudian, sejak berumur sepuluh tahun, aku meninggalkan rumah untuk bekerja sebagai pembantu. Aku belajar hanya sebulan dalam setiap tahun.
     "Selama sebelas tahun bekerja kuat, akhirnya aku berjaya mempunyai dua ekor lembu jantan dan enam ekor kambing yang memakan kos empat dolar. Aku tidak perna menggunakan sesen pun untuk kesenanganku, tetapi aku menyimpannya hingga aku berumur dua pulu satu tahun. Aku benar-benar dapat merasakan letihnya bekerja. Aku sadar bahwa bekerja dengan orang lain adalah hal yang sukar. Tetapi dengan bekerja seperti itu aku berharap boleh bertahan hidup.
     "Sebaik sahaja aku mencecah umur dua puluh satu tahun, aku pergi ke hutan untuk menebang kayu. Oleh itu, aku mesti bangun sebelum fajar kemudian bekerja hingga ke malam. beginilah yang aku lakukan setiap hari hanya untuk memproleh enam dolar setiap bulan. Bagiku, setiap sen dari yang enam dolar setiap bulan. Bagiku, setiap sen dari yang enam dolar itu terlalu bernilai untuk di hambur-hamburkan!
     "Jika anda sudah terlanjur berbuat salah, maka belajarlah dari kesalahan itu. Kemudian elakkan melakukan kesalahan serupa sesudah mengambil pengajaran darinya.
      "Katakanlah, Allah yang telah menyelamatkan kamu darinya dan dari setiap kesusahan."

Sumber (terapi mengatasi kebosanan) edisi bahasa melayu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Jika ada sembarang pertanyaan silahkan komentar disini.