Ketentuan Allah adalah Yang Terbaik

     JANGAN SEKALI-KALI BERSANGKA BURUK KEPADA ALLAH, KERANA IA LEBIH BERHAK KEPADA PERSANGKAAN YANG BAIK.

Tawakkal Pada Allah

     Kata-kata yang diucapkan Hajar r.a., istri Ibrahim dan bonda Ismail a.s., ketika suaminya meninggalkan  ibu dan anak lelakinya di suatu lembah yang gersang, sangat indah dan cukup mengesankan. ia mengulang kata-katanya kepada Ibrahim a.s: "Wahai Ibrahim, kemana anda hendak pergi? Adakah sampai hati meninggalkan kami di lembah tampa penghuni dan tidak punya apa-apa ini?"

     Soalan yang menyentuh hati nurani itu berlalu begitu sahaja, sedang Ibrahim langsung tidak menoleh kepada istrinya. Akhirya Hajar r.a. bertanya: "Apakah Allah yang menyuruhmu melakukan ini?" Ibrahim r.a. menjawab:" Hajar berkata lagi:" Jika benar begitu, Dia tidak akan menyia-nyiakan kami."

     Benar, sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan hambah-hambahnya yang soleh. Bukankah Allah telah memberi ganti kepada seorang lelaki dan istrinya dalam surah berfirman:

    "Adapun anak itu, maka kedua-duanya ibu bapanya adalah orang mukmin, dan kami bimbang bahwa ia akan mendorong kedua-dua ibu bapanya kepada kesesatan dan kekafiran. Kami menghendaki supaya Tuhan mereka menggantikan bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dan lebih besar kasih sayangnya (kepada ibu bapa'nya)."

                                                                               (Surah Al-Kahfi: 80-81)

      Akhirnya terbuktilah Allah telah menjaga dua anak pemilik harta, lelaki soleh, ketika sahabat Musah a.s. mengukuhkan tembok itu hingga kedua anak itu besar lalu ia mengambil harta ibu bapanya.

     "Adapun dinding itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu. Di bawahya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, dan ayahnya adalah seorang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaan dan mengeluarkan simpanan itu sebagai rahmat dari tuhanmu."

                                                                               (Surah Al-Kahfi: 82)

      Aku tidak mungkin mampu mengubah sesuatu yang telah berlaku, sebagaimana aku tidak mampu menjangkakan apa yang bakal berlaku. Justru, aku tidak perlu merasa bimbang dan gelisah!

      Kemenangan itu ada dalam kesabaran.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Jika ada sembarang pertanyaan silahkan komentar disini.